Terbuka Western & Southern: Djokovic ke suku akhir singkir Sandgren

Muzaffar Musa
Ogos 26, 2020 05:17 MYT
Novak Djokovic berada dalam prestasi terbaik ketika menewaskan Tennys Sandgren dalam pusingan ketiga Kejohanan Tenis Terbuka Western & Southern di Cincinnati awal pagi tadi.
Pemain berbangsa Serbia itu tidak berdepan ancaman untuk meraih kemenangan 6-2, 6-4 ke atas Sandgren dalam Kejohanan ATP 1000 itu.
Pemain nombor satu dunia itu terpaksa menarik diri dalam acara beregu hujung minggu lalu kerana mengalami kesakitan di tengkuknya dan perlu beberapa kali menjalani rawatan ketika menewaskan Ricardas Berankis dalam pusingan kedua kelmarin.
Bagaimanapun, dia tidak kelihatan terganggu dengan masalah itu ketika mudah menewaskan lawan dari Amerika Syarikat berkenaan.

Make that 2️⃣0️⃣➖0️⃣ this year for @DjokerNole ? Awaiting him in the QFs: ?? Jan-Lennard Struff #CInCyTENNIS pic.twitter.com/qcGqVcGnbb

— ATP Tour (@atptour) August 25, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Sandgren memperoleh tiga mata break berturut-turut ketika Djokovic memegang servis pada kedudukan 4-3 dalam set kedua tetapi pilihan utama kejohanan itu melakukan pukulan voli drop untuk memenangi mata servisnya.
Juara 17 kali kejohanan grand slam itu melebarkan rekod 20-0 bagi tahun 2020 dan akan berdepan Jan-Lennard Struff dalam suku akhir.
Ia merupakan penampilannya yang ke-84 dalam suku akhir kejohanan Masters 1000 ATP dan hanya dua pemain, iaitu Rafael Nadal (92) dan Roger Federer (87), pernah mencatatkan rekod yang lebih baik.
#Novak Djokovic #ATP 1000 #Tenis