Rafael Nadal merakamkan kemenangan dalam perlawanan grand slam buat kali ke-300 selepas menewaskan Corentin Moutet untuk ke pusingan ketiga Kejohanan Tenis Terbuka Perancis awal pagi tadi.

'Raja gelanggang tanah liat' itu sedang berusaha untuk melebarkan rekod 20 gelaran utama yang dimilikinya dalam saingan di Roland Garros itu, di mana dia tewas kepada Novak Djokovic dalam final tahun lalu.

Dalam usaha itu, Nadal kelihatan sedang berada dalam kondisi terbaik sewaktu menewaskan wakil tuan rumah berkenaan, yang memanfaatkan sepenuhnya sokongan padu dari tempat duduk penonton di Gelanggang Philippe-Chatrier.

Nadal mungkin menyedari ada ruang yang perlu diperbaikinya apabila gagal menamatkan perlawanan lebih awal ketika memegang servis dalam set ketiga tetapi dia kemudian tidak berdepan masalah untuk mencatatkan kemenangan 6-3, 6-1, 6-4.

Dia seterusnya akan berdepan Botic Van De Zandschulp dalam pusingan ketiga.