Terbuka Perancis: Swiatek tempah slot pusingan ketiga

Ammar Hakim
Mei 26, 2022 22:26 MYT
Iga Swiatek sekali lagi menampilkan corak persembahan cemerlang apabila mengatasi Alison Riske dan menempah slot ke pusingan ketiga Terbuka Perancis semalam.
Pemain nombor satu dunia itu merekodkan kemenangan 6-0, 6-2 di Court Suzanne-Lenglen, dan kini bakal berdepan Danka Kovinic.
Mengejar kemenangan ke-30 berturut-turut, Swiatek menamatkan set pertama dalam tempoh 20 minit selepas Riske sekadar memenangi tujuh mata.
Wakil Amerika Syarikat itu berusaha untuk menampilkan kebangkitan pada permulaan set kedua, namun Swiatek kelihatan berjaya mengikut rentak yang ditampilkan sebelum memastikan kemenangan 6-2.
Juara edisi 2020 itu kini telah memenangi 39 perlawanan tahun ini, lebih tiga kemenangan daripada rekod yang dilakukan sepanjang musim lalu.

30-0‼️ ?? @iga_swiatek becomes just the fourth player this century to win 30+ CONSECUTIVE matches with a 6-0, 6-2 victory over Riske!#RolandGarros pic.twitter.com/Lx60LjyrSt

— wta (@WTA) May 26, 2022
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.