Terbuka Perancis: Swiatek kembali bergelar juara selepas tewaskan Gauff

Muzaffar Musa
Jun 5, 2022 00:19 MYT
Iga Swiatek melebarkan rekod kemenangannya kepada 35 perlawanan berturut-turut dengan menewaskan Coco Gauff untuk kembali bergelar juara dalam Kejohanan Tenis Terbuka Perancis malam tadi.
Pemain nombor satu dunia itu tidak berdepan masalah untuk menewaskan lawan dari Amerika Syarikat berusia 18 tahun berkenaan 6-1, 6-3 di Gelanggang Philippe Chatrier dalam masa 68 minit.
Swiatek, 21, mempamerkan aksi terbaiknya di Roland Garros untuk memenangi gelaran grand slam keduanya dalam tempoh dua tahun selepas turut memperoleh yang pertama di Paris.
Pemain pilihan utama itu hanya memberikan satu mata break buat lawannya pada awal set kedua untuk sekali lagi menjulang Coupe Suzanne Lenglen selepas menjuarai enam kejohanan berturut-turut.

35-0 ?#RolandGarros pic.twitter.com/Tq7u72NWH8

— Roland-Garros (@rolandgarros) June 4, 2022
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#WTA #Tenis #Grand Slam #Coco Gauff #Tenis Terbuka Perancis #Iga Swiatek