Terbuka Perancis: Kenin benam Kvitova untuk ke final

Muzaffar Musa
Oktober 9, 2020 03:35 MYT
Sofia Kenin akan berdepan Iga Swiatek menerusi final pertamanya dalam Kejohanan Tenis Terbuka Perancis selepas mencatatkan kemenangan straight-set ke atas Petra Kvitova malam tadi.
Kvitova tidak melepaskan sebarang set sepanjang lima perlawanan di Roland Garros tetapi ketenangan yang dimiliki Kenin memusnahkan impian pemain pilihan ketujuh kejohanan itu untuk menamatkan kemarau kejuaraan grand slam selama enam tahun selepas tewas 6-4, 7-5.
Kenin, 21, memaparkan aksi cergas, berkemahiran dan berkeazaman tinggi untuk menempa laluan bertemu pemain Poland, Swiatek, dalam perhitungan terakhir di Paris malam esok.
Juara Terbuka Australia itu menyelamatkan 10 mata break dan Kvitova pula menerima padah selepas melakukan 31 unforced error dalam perlawanan dengan cuaca berangin Court Philippe-Chatrier untuk pemain Amerika Syarikat itu meneruskan pemburuan gelaran utama keduanya tahun ini.

See ya soon, Iga ?@SofiaKenin passes the Kvitova test 6-4 7-5 to reach a first #RolandGarros final and improve to 16-1 in Grand Slams this season.#RolandGarros pic.twitter.com/MjHYqz2YYs

— Roland-Garros (@rolandgarros) October 8, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Petra Kvitova #WTA #Tenis #Sofia Kenin #Tenis Terbuka Perancis