Terbuka Perancis: Kecederaan paksa ratu tenis dunia tarik diri

Ammar Hakim
September 30, 2020 22:57 MYT
Serena Williams telah menarik diri daripada saingan Terbuka Perancis menjelang aksi pusingan kedua berdepan Tsvetana Pironkova selepas mengalami kecederaan pergelangan kaki.
Legenda Amerika Syarikat itu memulakan usaha untuk menyamai rekod 24 gelaran grand slam yang dipegang Margaret Court dengan mengatasi Kristie Ahn straight set Isnin lalu.
Bagaimanapun, pemain berusia 39 tahun itu mengumumkan sebelum aksi berdepan Pironkova bahawa dia tidak akan mengambil bahagian di Roland Garros.
Williams menyatakan belum pulih sepenuhnya daripada saingan Terbuka AS, di mana dia telah tewas kepada Victoria Azarenka beberapa minggu yang lalu, telah mempengarhui keputusannya.
"Saya gemar beraksi di Paris. Saya menikmati beraksi di atas gelanggang tanah liat," kata Williams.

"I really wanted to give an effort here. (I'm) struggling to walk so that's a tell-tale sign that I should try to recover" Get well soon, Serena!#RolandGarros pic.twitter.com/PekxZ4tSzj

— Roland-Garros (@rolandgarros) September 30, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Saya mahu memberikan yang terbaik di sini. Namun pergelangan kaki saya tidak memiliki masa yang secukupnya untuk pulih selepas tamat Terbuka AS.
"Jadi ia telah menjejaskan saya untuk berjalan jadi saya memiilih untuk menarik diri dan berusaha pulih bagi membolehkan saya beraksi dalam saingan akan datang."
Williams merupakan juara perseorangan tiga kali di Roland Garros, kali terakhir melakukannya pada 2015 dengan menewaskan Lucie Safarova.