Terbuka Madrid: Thiem kembali beraksi dengan kemenangan

Muzaffar Musa
Mei 5, 2021 03:30 MYT
Dominic Thiem memperoleh kemenangan selesa selepas kembali beraksi dalam Kejohanan Jelajah ATP menerusi Kejohanan Tenis Terbuka Madrid malam tadi.
Juara Terbuka Amerika Syarikat (AS) dan naib juara dua kali Terbuka Madrid itu beraksi buat kali pertama sejak mengambil rehat bermula dua bulan lalu bagi memulihkan tenaganya.
Tetapi dia tidak memerlukan masa yang lama untuk mendapatkan rentaknya apabila pemain pilihan ketiga itu melangkah ke pusingan kedua dengan menewasan pemain peluang khas dari AS, Marcos Giron, 6-1, 6-3.
Thiem seterusnya akan berdepan Alex de Minaur, yang mendahului 6-2, 3-0 sebelum Llyod Harris menarik diri, dalam pusingan 16.

out and about @MutuaMadridOpen pic.twitter.com/jmRT3jQqP9

— Dominic Thiem (@ThiemDomi) May 4, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Saya tidak pasti bagaimana ia akan berjalan. Permainan saya berjalan dengan amat baik ketika sesi latihan tetapi saya berlatih di luar gelanggang di mana ia lebih pantas, lebih kecil, jadi saya tidak pasti bagaimana perlawanan ini akan berlangsung," kata Thiem.
"Tetapi terdapat sesuatu yang saya fikir telah menjadikannya sedikit mudah setelah sekian lama, terutama dengan keadaan di Madrid yang amat baik buat saya.
"Kemudian, saya mempunyai kenangan yang hebat di gelanggang ini, di mana saya telah beraksi dengan permainan terbaik sepanjang karier saya. Saya fikir kerana itulah segalanya berjalan dengan amat lancar malam ini," katanya.
#Dominic Thiem #ATP #Tenis Terbuka Madrid