Terbuka Madrid dibatalkan ekoran Covid-19

Ammar Hakim
Ogos 5, 2020 00:48 MYT
Kejohanan Tenis Terbuka Madrid tidak akan dipertandingkan tahun ini ekoran pandemik koronavirus.
12-20 September merupakan tarikh baru bagi kejohanan tersebut selepas sebelum ini mereka dijadualkan berlangsung pada 1-10 Mei.
Perkhabaran ini muncul minggu lalu selepas pihak berkuasa kesihatan tempatan menasihatkan penganjur Terbuka Madrid untuk membatalkan kejohanan tesebut atas 'situasi rumit Covid-19 yang terus berkembang".
Pihak penganjur semalam tela mengesahkan kejohanan yang berlangsung di Caja Magica, yang bakal bermula dua minggu sebelum Terbuka Perancis telah dibatalkan dan edisi 2021 akan bermula 30 April sehingga 9 Mei.
Pengarah Terbuka Madrid, Feliciano Lopez, berkata, "Kami telah memberikan segala kudrat untuk menganjurkan saingan ini.
"Selepas pembatalan pertama Mei lalu, kami berusaha untuk memastikan saingan dapat dilakukan September ini namun ia masih sukar buat semua pihak.
"Bagaimanapun, dengan keadaan yang tidak stabil ketika ini memaksa saingan dibatalkan untuk tahun ini.

The WTA and @atptour statement following the cancellation of the 2020 @MutuaMadridOpen ---> https://t.co/yAkErKsMpv pic.twitter.com/3oVZEiBYG4

— wta (@WTA) August 4, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Pembatalan it bermakna tiada acara WTA Perdana Mandatori tahun ini; dengan Indian Wells, Terbuka Miami dan Terbuka China telah dibatalkan.