Terbuka Luxembourg: Bencic kembali ke landasan kemenangan

Shaiful Shamsudin
September 17, 2021 03:55 MYT
Belinda Bencic kembali menemui rentak kemenangan apabila juara Sukan Olimpik Tokyo 2020 itu mengalahkan Zarina Diyas untuk menjamin tempat ke suku akhir Terbuka Luxembourg, sebentar tadi.
Bencic, yang mencipta kejutan di Jepun, menang straight set 6-1, 6-3 untuk menempah pertemuan dengan Liudmila Samsonova yang pernah mengalahkannya di Berlin awal tahun ini.
Bencic selaku pemain nombor 12 dunia itu sebelum ini tewas kepada Emma Raducanu -- muncul juara -- dalam suku akhir Terbuka Amerika Syarikat minggu lalu.

Top seed ➡️ Last eight ?? @BelindaBencic sets up a rematch of the Berlin final against Samsonova!#WTALuxembourg pic.twitter.com/NWadiZh4P5

— wta (@WTA) September 16, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Pilihan utama merangkap juara bertahan, Jelena Ostapenko, pula memerlukan tiga set sebelum mara dengan mengatasi Arianne Hartono.
Pilihan kedua, Elise Mertens, turut layak tetapi terpaksa berhempas pulas sebelum mengalahkan Aliaksandra Sasnovich 3-6, 6-2, 7-5.
Dalam pusingan 16 itu, Marie Bouzkova menundukkan Greet Minnen untuk melengkapkan barisan suku akhir.
#Tenis