Alexander Zverev mengikut momentum Terbuka AS selepas melakar kemenangan ke atas pemain ranking nombor satu dunia, Novak Djokovic, dalam perjalanan memenangi pingat emas Sukan Olimpik.

Zverev terselamat daripada kejutan set pertama untuk mengatasi Lloyd Harris 7-6 (8-6), 6-3, 6-4 dalam aksi suku akhir Terbuka AS.

Pilihan keempat Jerman itu bakal berdepan Djokovic, yang berada dalam misi menjadi pemain ketiga untuk melengkapkan kalendar Grand Slam dan buat pertama kali sejak 1969 dalam separuh akhir di Flushing Meadows.

Zverev -- naib juara Terbuka AS tahun llau -- mengatakan dia telah didorong oleh kemenangan separuh akhir ke atas Djokovic di Tokyo.

"Ini kejohanan terbesar di dunia, Tokyo. Ia adalah Sukan Olimpik," kata Zverev semasa sidang akhbar selepas perlawanan.

"Menang di sana menentang pemain nombor satu dunia, terutama ketika saya ketinggalan satu set merupakan sesuatu yang luar biasa, ia berbeza daripada perlawanan lain. Emosi yang berbeza.

"Meraih pingat untuk Jerman sangat istimewa bagi saya. Tahun ini seperti tidak ada pemain lain yang dapat mengalahkannya dalam pertandingan besar, tidak ada yang dapat mengalahkannya dalam grand slam.

"Bagai saya, misi utama adalah melangkah ke final dan itu amat penting bagi saya. Saya berharap dapat melakukannya sekali lagi."