Terbuka Bronx: Linette juara edisi pertama

Penulis Jemputan
Ogos 25, 2019 01:18 MYT
Magda Linette melakar kemenangan epik dalam final mengatasi Camila Giorgi untuk muncul juara Terbuka Bronx bagi edisi pertama.
Dalam acara WTA terakhir sebelum Terbuka Amerika Syarikat (AS), pemain di ranking ke-80 dunia itu meraih kemenangan 5-7, 7-5, 6-4 selepas beraksi dua jam 33 minit.
Saingan sengit dalam ketiga-tiga set akhirnya memihak Linette manakala wakil Itali, Giorgi, terpaksa menerima kekalahan kedua dalam final selepas mengalami nasib yang sama di Washington.
Kedua-dua pemain beraksi cemerlang apabila saling memenangi permainan hingga terikat 5-5 dan Giorgi berjaya menggunakan kesempatan untuk memenangi set tersebut 7-5.
Ketinggalan dalam set pertama itu menyaksikan Linette bangkit apabila memenangi set kedua 7-5 sebelum menoktahkan kemenangan dalam set penentuan 6-4.

Going the distance in the @NYJTL #BronxOpen final!@MagdaLinette takes the second set against Giorgi 7-5! pic.twitter.com/qQPe4WDMeq

— WTA (@WTA) August 24, 2019
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Linette kini bakal menghadapi Terbuka AS di Flushing Meadows dengan penuh keyakinan dan akan berdepan juara bertahan, Naomi Osaka, dalam pusingan kedua.