Terbuka Australia: Federer julang grand slam ke-20

Penulis Jemputan
Januari 28, 2018 12:27 MYT
Jaguh Switzerland, Roger Federer, menepati ramalan untuk muncul juara Terbuka Australia selepas menewaskan Marin Cilic, 6-2, 6-7 (5-7), 6-3, 3-6, 6-1, sebentar tadi.
Pemain nombor dua dunia itu berjaya mempertahankan kejuaraan yang dimenanginya tahun lalu selepas bertarung selama tiga jam di Rod Laver Arena.
Tanpa kelibat seteru utama Rafael Nadal, Novak Djokovic dan Andy Murray yang dibelenggu masalah kecederaan, Federer merupakan pemain pilihan untuk bergelar juara.
Kemenangan ini merupakan gelaran Terbuka Australia keenam peribadinya dan grand slam yang ke-20 buat pemain veteran itu, sekali gus meletakkan dirinya sebagai pemain terbaik sepanjang zaman.

?BACK TO BACK ?@rogerfederer captures his 20th Grand Slam title defeating Marin #Cilic 6-2 6-7(5) 6-3 3-6 6-1.#AusOpen #RF20 pic.twitter.com/ljJKFnnr8g

— #AusOpen (@AustralianOpen) January 28, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Cilic yang bakal menggantikan Grigor Dimitrov untuk menghuni ranking ketiga dunia, menyifatkan Federer telah mempamerkan persembahan terbaik untuk mempertahankan kejuaraan kali ini.
"Tahniah buat Federer dan seluruh pasukannya. Ia merupakan sesuatu yang menakjubkan apa yang diraih sepanjang kariernya.
"Semoga berjaya bagi tahun 2018. Hari ini merupakan satu perlawanan yang sukar, Federer mempamerkan aksi yang terbaik dalamset terakhir," katanya.
Kejuaraan keenam Terbuka Austarlia ini menyaksikan Federer menyamai bilangan yang dimenangi oleh Roy Emerson dan Novak Djokovic.
"Saya sangat gembira. Meraih kejuaraan ini bagaikan mimpi menjadi kenyataan. Selepas mengharungi tahun 2017 dengan baik, saya sangat gembira dengan kemenangan ini.
"Saya mahu mengucapkan terima kasih kepada Cilic untuk pertembungan dalam aksi final," kata Federer lagi.