Terbuka Australia: Barty tarik diri daripada saingan doubles

Ammar Hakim
Februari 12, 2021 03:06 MYT
Ash Barty dan gandingannya, Jennifer Brady, menarik diri daripada saingan Terbuka Australia berikutan masalah kecergasannya yang membimbangkan mengenai pemain nombor satu dunia itu.
Barty menjadi perhatian selepas paha kirinya berbalut ketika menang 6-1, 7-6 (9-7) ke atas rakan senegaranya, Daria Gavrilova dalam saingan perseorangan wanita.
Bintang Australia dan juara Terbuka Perancis 2019, Barty, dijadualkan bergandingan bersama Brady dalam aksi doubles berdepan Elise Mertens dan Aryna Sabalenka, tetapi mereka menarik diri di Melbourne.
Barty berjaya mengatasi masalah paha setelah mengalahkan Gavrilova, dengan pilihan ke-29 Ekaterina Alexandrova menunggunya di pusingan ketiga di Melbourne Park.

The team of Ashleigh Barty and Jennifer Brady have pulled out of doubles. Elise Mertens and Aryna Sabalenka receive a walkover into 3R. #AusOpen

— WTA Insider (@WTA_insider) February 12, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Balutannya agak besar, tetapi ia adalah sokongan supaya ia tidak mudah tertanggal," kata Barty.
"Saya telah banyak beraksi sejak 10 hari yang lalu selepas tidak beraksi selama 12 bulan, di mana ia sesuatu yang normal."
Katanya lagi, "Saya mula mengalami ketidakselesaan itu dalam sesi pemanas badan tetapi ia jelas tidak memberi kesan dengan cara saya bermain.
"Ia hanya memberikan sokongan lebih kepada kaki saya."
Tahun lalu, Barty menjadi pemain Australia pertama mara ke separuh akhir Terbuka Australia sejak Wendy Turnbull pada 1984.