Terbuka AS: Thiem bertemu Zverev di final

Ammar Hakim
September 12, 2020 05:58 MYT
Dominic Thiem mara ke final grand slam kedua tahun ini hasil kemenangan straight set ke atas Daniil Medvedev dalam Terbuka AS, sebentar tadi.
Thiem menggunakan setiap peluang yang dilepaskan oleh Medvedev, apabila berjaya mengatasi naib juara 2019 itu 6-2, 7-6 (9-7), 7-6 (7-5) untuk menempah pertembungan dengan Alexander Zverev di Flushing Meadows.
Medvedev memulakan permainan dalam set kedua dan ketiga tetapi pilihan ketiga itu gagal menggunakan peluang terhidang sekaligus menyaksikan wakil kelahiran Russia itu tumbang di New York.
Thiem –- wakil Austria pertama mara ke final dalam Terbuka AS -- bakal meletakkan sasaran untuk menjulang gelaran utama selepas tewas kepada Novak Djokovic dalam saingan Terbuka Australia 2020.

Thiem's time in New York.Dominic Thiem is into his first US Open final! @Thiemdomi | #USOpen pic.twitter.com/gCIqZUQHSs

— US Open Tennis (@usopen) September 12, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.