Maria Sakkari mengesahkan tempat dalam Pusingan Akhir WTA tahun ini menerusi kemaraan ke suku akhir Piala Kremlin di Moscow.

Pilihan ketiga itu hanya berada di gelanggang selama 34 minit selepas seterunya, Anna Kalinskaya, terpaksa mengundurkan diri berikutan kecederaan di kedudukan 6-2, 1-0.

Sakkari menikmati tahun hebat dalam sirkit WTA yang menyaksikannya mara ke separuh akhir grand slam Terbuka Perancis dan Terbuka Amerika Syarikat buat kali pertama dalam kariernya.

Dia akan berdepan Simona Halep di ibu negara Russia itu malah pemain berusia 26 tahun tersebut muncul sebagai pemain wanita pertama Greece yang layak ke Final WTA yang diadakan di Mexico, hujung tahun ini.

Pilihan kelapan, Halep, pula menewaskan Veronika Kudermetova 6-1, 7-6 (7-4) sementara pemain nombor ke-35 dunia, Marketa Vondrousova, turut menempa kejayaan ketika menewaskan wakil Ukraine, Lesia Tsurenko, dengan straight set.