Tenis Terbuka Stuttgart: Perjalanan Halep terhenti dalam separuh akhir

Ammar Hakim
April 24, 2021 21:42 MYT
Ash Barty bakal bertemu Aryna Sabalenka dalam final Terbuka Stuttgart selepas perjalanan Simona Halep memenangi kejohanan itu terhenti buat pertama kali.
Pemain ketiga dunia, Halep, menang straight-set ke atas Ekaterina Alexandrova dan Marketa Vondrousova dalam perjalanan ke separuh akhir, tetapi bertemu lawan yang setaraf dengannya dari Belarus, Sabalenka, yang menang 6-3, 6-2.
Juara perseorangan sembilan kali, Sabalenka, mara ke final buat kali ke-14 sepanjang karier tanpa kehilangan sebarang set, berjaya mengekang pergerakan Halep dengan cemerlang.

Tomorrow is a new day ?? pic.twitter.com/zwNTj9FORE

— Simona Halep (@Simona_Halep) April 24, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Halangan terakhir buat Sabalenka dan gelaran perseorangan ke-10 adalah pemain nombor satu dunia, Barty, yang bangkit daripada ketinggalan untuk mengatasi Elina Svitolina 4-6, 7-6 (7-5), 6-2.
#Simona Halep #Aryna Sabalenka #Ash Barty #Terbuka Stuttgart #Ekaterina Alexandrova #Marketa Vondrousova