Tenis Terbuka Stuttgart: Barty bangkit sebelum dinobat juara

Ammar Hakim
April 25, 2021 18:43 MYT
Ash Barty bangkit daripada ketinggalan buat kali ketiga minggu ini selepas pemain nombor satu dunia itu meneruskan musim 2021 dengan cemerlang apabila menjuarai Terbuka Stuttgart.
Barty mengatasi Aryna Sabalenka 3-6, 6-0, 6-3 untuk menjulang gelaran karier yang ke-11 dan ketiga musi m ini selepas berjaya dalam Terbuka Miami dan Yarra Valley Classic di Melbourne.
Ia membuktikan satu lagi kebangkitan ke atas lawan 10 terbaik dunia bagi Barty, yang mengatasi Karolina Pliskova dan Elina Svitolina dalam suku akhir dan separuh akhir.

She's done it AGAIN ? World No.1 ?? @ashbarty comes from a set down for the third match in a row to clinch her third WTA title of 2021!#PorscheTennis pic.twitter.com/UT1KJzwTVL

— wta (@WTA) April 25, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Elina Svitolina #Karolina Pliskova #Tenis #Aryna Sabalenka #Ash Barty #Terbuka Miami #Terbuka Stuttgart #Yarra Valley Classic