Tenis Terbuka Perancis: Nadal buka langkah buru gelaran ke-13

Shaiful Shamsudin
September 29, 2020 03:40 MYT
Rafael Nadal mara pusingan kedua Kejohanan Tenis Terbuka Perancis menerusi kemenangan straight set ke atas Egor Gerasimov di Roland Garros.
Memburu gelaran ke-13 di gelanggang Grand Slam tanah liat itu, Nadal menyifatkan elemen cuaca dan bola yang lebih berat sebagai "perlahan dan berbahaya" mampu mempengaruhi impiannya.
Dia diuji pemain nombor 83 dunia itu di sebalik hanya beraksi dalam satu kejohanan sebagai pemanas badan selepas kempen musim ini tertangguh sejak Februari lalu akibat COVID-19 apabila tumpas kepada Diego Schwartzman di peringkat suku akhir di Rom, dua minggu lalu.
Baik bola mahu pun aksi berkarat pemain Sepanyol itu belum dapat menggugatnya untuk mencatat kemenangan 6-4, 6-4, 6-2 biarpun Gerasimov pada awalnya sempat memberikan persembahan memukau sebelum pergelangan kakinya tercedera dalam set ketiga.

The more things change, the more they stay the same...@RafaelNadal eases into the second round 6-4 6-4 6-2 over Gerasimov.#RolandGarros pic.twitter.com/W7IGV7Z8em

— Roland-Garros (@rolandgarros) September 28, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
'First break' yang dijelmakan Nadal sudah cukup untuknya menjamin set pertama yang dimuktamadkan menerusi ace.
Gerasimov memperlihatkan semangat juang yang tinggi tetapi ia masih belum boleh dijadikan modal baginya melangkaui pemain nombor dua dunia itu dalam set kedua.
Pemain Belarus itu tetap berusaha untuk melanjutkan perjuangannya selepas rehat buat pertama kalinya untuk memulakan set ketiga dengan pendahuluan 2-0.
Namun, Nadal segera memadam defisit itu dan lawannya gagal mengulangi rentak sama sejak pergelangan kakinya terpaksa dibalut selepas cuba menyelamatkan mata berharga dalam game keempat.
Nadal akan menentang pemain nombor 23 dunia, Mackenzie McDonald, dalam pusingan kedua.
#Rafael Nadal #Terbuka Perancis #Tenis #Egor Gerasimov