Tenis Terbuka Barcelona: Nadal dinobat juara buat kali ke-12

Ammar Hakim
April 25, 2021 18:56 MYT
Rafael Nadal memenangi gelaran Terbuka Barcelona buat kali ke-12 selepas menyelamatkan mata kejuaraan bagi mengakhiri rekod bersih Stefanos Tsitsipas di gelanggang tanah liat tahun ini dalam aksi final.
Pemain nombor tiga dunia, Nadal, yang hanya bermain dalam kejohanan ketiganya tahun ini, bersiap sedia untuk mengejar gelaran Terbuka Perancis ke-14.
Dengan menewaskan pemain yang menjuarai Monte Carlo Masters minggu lalu, Nadal menampilkan dia mula mengorak rentak beraksi di gelanggang kegemarannya menjelang kejohanan di Paris.
Dia menang 6-4, 6-7 (6-8), 7-5 bagi mengekalkan rekod 100 peratus dalam kejohanan di laman sendiri itu, tetapi Tsitsipas seperti terlepas peluang bergelar juara selepas juara grand slam 20 kali itu menafikan mata kejuaraan dalam set penentuan.

The King of Barcelona retains his throne ? ?: @TennisTV | @RafaelNadal | #BCNOpenBSpic.twitter.com/8iFRUcsXNi

— ATP Tour (@atptour) April 25, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Rafael Nadal #Terbuka Perancis #Tenis #Stefanos Tsitsipas #Terbuka Barcelona #Monte Carlo Masters