Sukan SEA: Skuad bola jaring Singapura mudah benam Brunei

Penulis Jemputan
Ogos 14, 2017 11:43 MYT
Skuad bola jaring Singapura membuktikan mereka berada di kelas berbeza apabila mudah menewaskan Brunei 62-37 untuk perlawanan pertama Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 di Stadium Juara, Bukit Kiara, hari ini.
Brunei nyata terperangkap dengan hantaran laju barisan pemain lawan yang turut memiliki kelebihan ketinggian.
Singapura, yang mengekalkan lima pemain daripada skuad pemenang pingat emas pada edisi lalu, tidak mempunyai masalah untuk mengungguli suku pertama 15-7.
Mereka melebarkan jurang kepada 10 mata (33-13) pada suku kedua untuk terus meletakkan Brunei dalam keadaan tertekan.
Berbeza dengan skuad Brunei, Singapura memperagakan permainan pantas sambil jarang mensia-siakan peluang.
Pada suku ketiga, kedua-dua pasukan membawa kedudukan kepada 45-25 sebelum Singapura melengkapkan kemenangan 62-37.
#Malaysia #Sukan SEA 2017 #Bola Jaring #Singapura #Brunei