Hasrat Siti Zalina Ahmad dan Emma Firyana Saroji, untuk kembali menebus kekecewaan kandas di pusingan separuh akhir acara womens pair Sukan Komanwel Birmingham semalam tidak kesampaian apabila tewas kepada New Zealand di penentuan pingat gangsa.

Bermula agak perlahan apabila ketinggalan 7-11 di end ketujuh kepada pasangan Selina Goddard-Katelyn Inch, Siti Zalina-Emma Firyana kembali bangkit memperkemas corak permainan dan hasilnya mereka berjaya mengikat kedudukan di end ke-13, 12-12.

Aksi bersambung selepas itu menyaksikan New Zealand terus mengutip mata demi mata untuk menamatkan saingan dengan keputusan muktamad 20-15.