Pasangan beregu campuran ping pong negara, Javen Choong-Karen Lyne, menempah slot ke final selepas mengatasi wakil Singapura, Clarence Chew Zhe Yu-Zeng Jian, dalam saingan Sukan Komanwel Birmingham, sebentar tadi.

Wakil negara menampilkan permulaan cemerlang memenangi set pertama 11-7 sebelum Singapura kembali mengikat kedudukan 1-1 dengan kemenangan set kedua 11-5.

Javen-Karen mempertingkatkan mutu permainan dalam dua set berikutnya sekaligus memastikan kemenangan 11-7, 11-7 sekaligus melangkah ke pentas final.

Menanti mereka adalah pasangan India, Achanta Sharath Kamal-Sreeja Akula yang mengatasi wakil Australia, Lum Nicholas-Jee Minhyung, 3-2.