Kejohanan antarabangsa kembali berlangsung di Pusat Skuasy Nasional Bukit Jalil selepas setahun menyepi.

Bermula dengan Terbuka Malaysia pada Selasa ini, pemain wanita negara, Rachel Arnold, menyasarkan untuk mempertahankan status juara yang diraih dua tahun lalu biarpun menyifatkan ia bukan satu tugas yang mudah.

Barisan wanita akan diketuai oleh Rachel yang layak secara merit dan Aifa Azman serta Chan Yiwen pula meraih tiket peluang khas.

"Semuanya berjalan lancar, saya juga baru memenangi Kejohanan SRAM Ke-7 minggu lalu.

"Edisi kali ini lebih besar jadi cabarannya akan menjadi lebih sukar. Saya harap dapat pertahankan kejuaraan.

"Dua pemain Mesir akan menjadi pencabar utama saya kelak," kata Rachel.




Sementara itu, barisan pemain lelaki pula akan disertai oleh juara bertahan, Ng Ean Yow, Ivan Yuen, Syafiq Kamal, layak secara merit, manakala Addeen Idraki serta Darren Rahul juga diberi peluang khas memandangkan hanya pemain yang berada dalam kelompok 40 terbaik dunia layak sahaja secara merit.