Skuasy Terbuka Malaysia: Eain Yow ke suku akhir selepas tewaskan Ivan

Muzaffar Musa
November 24, 2021 11:35 MYT
Perseorangan lelaki negara, Ng Eain Yow, mara ke suku akhir Kejohanan Skuash Terbuka Malaysia selepas menewaskan rakan senegara, Ivan Yuen, dalam pusingan kedua di Pusat Skuasy Nasional, Bukit Jalil hari ini.
Turun selaku pilihan ketiga, Eain Yow mempamerkan dominasi awal untuk memenangi set pembukaan 11-6
Bagaimanapun, Ivan, yang lebih tua lapan tahun berbanding Eain Yow, 23, bangkit dalam set kedua untuk menang 11-9, sekali gus menghidupkan peluangnya untuk ke suku akhir.
Namun, Eian Yow kemudian memastikan tiket ke suku akhir menjadi miliknya selepas memenangi set ketiga dan keempat, masing masing dengan keputusan 11-6 dan 11-1.
Seterusnya, pemain di ranking ke-18 dunia itu akan berdepan pilihan keenam dari Switzerland, Nicolas Mueller, petang esok.
Keputusan lain:
Perseorangan wanita:
Aifa Azman mn Yathreb Adel 11-3, 9-11, 8-11, 11-4, 11-7
Rachel Arnold mn Donna Lobban 11-9, 12-10, 11-4
#Skuasy #Ng Eain Yow #Ivan Yuen #Skuasy Terbuka Malaysia