Pengarah Kejurulatihan Persatuan Raket Skuasy Malaysia, Mejar S. Maniam, yakin Malaysia masih berupaya menganjurkan Kejohanan Skuasy Berpasukan Lelaki Dunia hujung tahun ini biarpun seluruh negara sedang berada dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berikutan peningkatan ke positif COVID-19.

Keyakinan itu berlandaskan langkah proaktif Kerajaan Malaysia dalam menyediakan vaksin selain komitmen atlet dalam mematuhi prosedur operasi standard (SOP) kesihatan.

Jelasnya, SRAM juga mempulan 'pelan B' seandainya kejohanan itu terpaksa ditunda.

"Kerajaan telah bermula dengan lancar dalam pengagihan vaksin COVID-19 dan dijangka pada hujung tahun ini lebih daripada 50 peratus akan divaksin," katanya kepada wartawan Astro Arena, Yeoh Pek Sian.

"Saya rasa bukan sahaja di Malaysia tetapi di seluruh dunia juga, ramai yang akan divaksin, jadi ada peluang untuk menganjurkan kejohanan atau acara yang melibatkan ramai orang.

"Pemain kami sentiasa berlatih untuk mengambil bahagian dalam pertandingan yang akan datang. Ini termasuk persiapan untuk menghadapi Kejohanan Dunia.

"Jika kami tidak dapat menganjurkan kejohanan itu tahun ini, ia perlu dianjurkan dalam suku pertama tahun depan.

"Kerana jika dianjurkan selepas dari tempoh itu, ia akan terlalu rapat dengan Kejohanan Lelaki Dunia.

"Maka ia akan terserah kepada Persekutuan Skuasy Dunia, sama ada mereka membenarkan untuk kejohanan itu dianjurkan selepas suku pertama tahun depan atau tidak," katanya.