Skuad ragbi wanita Sabah sukar dibendung

Penulis Jemputan
Februari 11, 2020 06:42 MYT
Skuad ragbi wanita Sabah berada dalam prestasi terbaik untuk mempertahankan pingat emas Sukan Malaysia (Sukma) di Johor, Julai depan.
Kekuatan mereka jelas terserlah apabila menjuarai Kejohanan Ragbi Pangaits di Kompleks Sukan Penampang baru-baru ini.
Pasukan itu menepati reputasi sebagai pasukan pilihan apabila merangkul kejuaraan Cup dalam pertandingan tujuh sebelah itu.
Berdepan SWRC Angles dalam perlawanan akhir, Sabah ditentang hebat pasukan lawan itu sebelum menang 21-12.
Terdahulu, Sabah layak ke final dengan memenangi kesemua perlawanan tanpa bolos.
Pasukan itu menang dalam aksi awal menentang Sisterakas (27-0) dan Maiden Wolfpack (48-0) untuk menempah tiket ke separuh akhir.
Mereka kemudian membenam Lady Sharks 27-0 dalam separuh akhir untuk bertemu SWRC Angels.
Editor: Muzaffar Musa