Silat: Fauzi, Robial, Siti Rahmah pastikan emas milik Malaysia

Penulis Jemputan
Ogos 29, 2017 09:09 MYT
Kejayaan juara dunia, Al-Jufferi Jamari, meraih emas terus dijadikan sebagai pemangkin pesilat negara apabila tiga lagi emas diraih dalam Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 di Stadium Bukit Kiara, sebentar tadi.
Mohd Fauzi Khalid menebus kekalahannya dalam temasya Singapura 2015 dengan mempamerkan aksi cemerlang apabila mudah menewaskan lawan dari Vietnam, Tran Dinh Nam, 5-0 untuk merangkul emas.
Siti Rahmah Mohamed Nasir merupakan pesilat pilihan untuk mempertahankan pingat emas dalam kategori puteri E dan jangkaan itu tepat apabila dia menewaskan lawan dari Indonesia, Pipiet Kamelia, 5-0.

#KL2017 Pencak Silat Pingat Emas ?daripada pesilat wanita #MAS ??, Siti Rahmah yang menewaskan pesilat #INA ?? 5-0! #KamiTeamMalaysia pic.twitter.com/OIMRZRw1q3

— Team Malaysia (@TeamMsia) August 29, 2017
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Sementara itu, satu lagi emas dituai oleh skuad silat menerusi Robial Sobri (putera H) yang menewaskan Le Si Kien dari Vietnam 5-0.

Stadium Juara terus dihujani pingat?untuk #TeamMAS. Robial Sobri menang EMAS (Class H) tewaskan Le Si Kien #VIE. ?? 5 - 0 ?? #KitaJuara pic.twitter.com/AGq397PMG4

— #TeamMAS (@myTeamMAS) August 29, 2017
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Nasib kurang menyebelahi Mohd Khaizul Yaacob yang bertanding dalam kategori putera J yang meraih perak apabila tewas 5-0 kepada pesilat Singapura, Shek Farhan Sheik Alau'ddi.
Tonton acara-acara Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 secara langsung dan percuma di Astro Go.
#Malaysia #KL2017 #Silat