Sepak Takraw: Quadrant tambah gangsa


Ogos 25, 2017 05:00 MYT
Skuad sepak takraw quadrant lelaki negara mengesahkan pingat gangsa dalam acara yang baru diperkenalkan itu dalam Sukan SEA di Stadium Titiwangsa, sebentar tadi. '
Kekalahan kepada Thailand 16-21, 13-21 di peringkat separuh akhir semalam menyaksikan skuad negara secara automatiknya berkongsi gangsa dengan Indonesia.
Skuad Gajah Putih itu menumpaskan Myanmar 2-0 dalam aksi final hari ini untuk meraih emas.
Tonton acara-acara Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 secara langsung dan percuma di Astro Go.
#Sukan SEA #KL2017 #Sepak Takraw #gangsa #quadrant