Renang Terbuka Malaysia: Welson buka kempen dengan emas

Penulis Jemputan
April 25, 2019 10:57 MYT
Perenang negara, Welson Sim, meraih pingat emas pertamanya dalam Kejohanan Renang Terbuka Malaysia 2019 meskipun kurang puas hati dengan catatan masanya di Pusat Akuatik Nasional, Bukit Jalil, hari ini.
Welson menghadiahkan pingat emas buat kontinjen Sarawak melalui acara 400 meter gaya bebas dengan catatan 3:50.32 saat.
Pingat perak menjadi milik perenang India, Sajan Prakash, dengan catatan 3:56.60s disusuli wakil Terengganu, S. Arvin Chahal, 4.01.93s di tempat ketiga.
"Saya sentiasa berasa gembira dapat berlumba di Malaysia.
"Saya meraih emas dalam edisi kali ini dengan catatan yang tidaklah begitu buruk," kata Welson.
Sementara itu, Tern Jian Han, yang mewakili Johor meraih perak dengan catatan masa 26.09s menerusi acara 50m kuak lentang.
Jian Han ketinggalan kepada wakil India, Srihari Nataraj, yang meraih emas manakala gangsa menjadi milik perenang Hong Kong, Ng Cheuk Yin.
"Saya tidak berpuas hati dengan catatan masa dirakamkan tetapi saya telah mencuba sedaya upaya.
"Saya perlu memperbaiki teknik permulaan dan fasa akhir perlumbaan saya perlu diperbaiki," kata Jian Han.
Acara 100m kuak kupu-kupu diungguli Sajan Prakash (lelaki) dan Natalie Kam (wanita) dari Hong Kong.
KEPUTUSAN PENUH:
Lelaki:
50m Kuak Lentang
EMAS: Shihari Nataraj (IND1) 25.84s
PERAK: Tern Jian Han (JOH) 26.09s
GANGSA: Ng Cheuk Yin Ng (HKG) 26.74s
400m Gaya Bebas
EMAS: Welson Sim Wee Sheng (SWK) 3:50.32s (MR)
PERAK: Sajan Prakash (IND1) 3:56.60s
GANGSA: Arvin S Chahal (TRG) 4:01.93s
100m Kuak Dada
EMAS: Likith Sp (IND2) 1:02.02s (MR)
PERAK: Ng Jing Fu (SEL) 1:02.34s (MR) (NR)
GANGSA: Ng Yi Hao (SEL) 1:05.50s
100m Kuak Kupu-Kupu
EMAS: Sajan Prakash (IND1) 54.35s
PERAK: Chan Jie (SEL) 54.51s
GANGSA: Bryan Leong (WPKL) 55.06s
4x100m Rampaian Berganti-Ganti
EMAS: Selangor (Terence Ng, Ng Jing Fu, Chan Jie, Jordan Yip) 3:50.06s
PERAK: Wilayah Persekutuan KL ( ​​​​​​Steve Khiew, Jackson Khiew, Bryan Leong, Keith Lim) 3:53.80s
(Hanya emas dan perak sahaja)
WANITA:
50m Kuak Lentang
EMAS: Suvana C Baskar (IND3) 30.81s
PERAK: Nessa Yip (SEL) 30.96s
GANGSA: Nina Venkatesh (IND3) 31.52s
400m Gaya Bebas
EMAS: Ho Nam Wai Ho (HKG) 4:20.18s
PERAK: Goh Chia Tong (MEL) 4:29.04s
GANGSA: Rosalind Pang (SEL) 4:40.18s
100m Kuak Dada
EMAS: Alicia Li Ann Soosai (JHR) 1:12.69s
PERAK: Angelina Chan (SEL) 1:14.41s
GANGSA: Chern Xin Liew (SEL) 1:15.06s
100m Kuak Kupu-Kupu
EMAS: Natalie Kan Kan (HKG) 1:00.61s
PERAK: Alma Louise Dahl (WPKL) 1:02.77s
GANGSA: Lim Shun Qi (SEL) 1:04.38s
4x100m Rampaian Berganti-Ganti
EMAS: Selangor (Nessa Yip, Angelina Chan, Lim Shun Qi, Liew Chern Xin) 4:30.18s
PERAK; Wilayah Persekutuan KL (Karla Lim, Georgene Wee, Alma Louise Dahl, Nurlatifa Zahra) 4:40.22s
(Hanya emas dan perak sahaja)
(Nota: MR-Rekod Kejohanan; NR-Rekod Kebangsaan)