Renang Seirama: Emas dalam dakapan Yhing Huey-Hua Wei

Penulis Jemputan
Ogos 20, 2017 07:40 MYT
Gandingan Lee Yhing Huey dan Gan Hua Wei menyumbangkan pingat emas dalam acara duet rutin bebas renang seirama yang berlangsung di Pusat Akuatik Nasional, Bukit Jalil, sebentar tadi.
Yhing Huey dan Hua Wei memadamkan kekalahan mereka kepada pasangan Singapura, Debbie Soh Li Fei-Miya Yong Hsing, dalam acara duet rutin teknikal, dengan meraih emas dalam acara duet rutin bebas selepas meraih 76.3000 mata.
Debbie dan Miya sekadar di tempat kedua selepas memberikan persaingan kepada Malaysia, dengan hanya ketinggalan 0.0067 mata.

Satu lagi emas dihadiahkan oleh pasangan Lee Yhing Huey & Gan Hua Wei dalam acara Duet Rutin Bebas. ?? #kitasamahero #bangkitbersama pic.twitter.com/iyRcuHPFmN

— ERA fm (@ERA_fm) August 20, 2017
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Pasangan Indonesia, Anisa Feritrianti-Claudia Megawati Suyanto, sekali lagi mengecewakan gandingan kedua Malaysia, Lee Yiat Xin-Nur Liyana Nadirah, untuk meraih pingat gangsa.