JOHOR 40 KL 0

Johor mudah menjinakkan Kuala Lumpur 40-0 dalam perlawanan separuh akhir pertama Kejohanan Ragbi Mr B-19 di Padang Astaka, Petaling Jaya, hari ini.


Dalam perlawanan 15 sepasukan itu, Johor jelas merupakan pasukan yang lebih berpengalaman apabila berjaya menguasai sejak permainan hingga wisel tamat dibunyikan.

"Semua pemain dapat mengikuti arahan taktikal yang diketengahkan jurulatih dengan baik.

"Pertahanan Negeri Sembilan mempunyai kekuatan dan laju jadi kami perlu bekerja keras.

"Selangor pula mempunyai barisan hadapan yang agak keras dan boleh berlari, jadi mungkin bahagian serangan kami akan banyak buat kerja.

"Bagaimanapun, kami bukan buat kerja seorang, semua pemain buat jadi itu kunci kemenangan kami.

"12, 23 dan 33, semua buat," kata kapten Johor, Adam Abdulan.

Selangor pula gagal membuktikan reputasi selaku pasukan pilihan apabila tunduk kepada Negeri Sembilan 13-15 dalam pertembungan separuh akhir kedua.




Selangor memulakan perlawanan dengan agresif dan jelas taktikal tersebut berhasil apabila mendahului 13-5.

Bagaimanapun, Negeri Sembilan menyusun gerakan lebih kemas sepanjang separuh masa kedua untuk mengekori rapat 12-13 sebelum momentum itu diteruskan.

"Perlawanan tadi sangat tegang. Kami ditekan tapi kami bangkit daripada babak pertama, kami jumpa semula semangat kami.

"Kami teruja jumpa Kuala Lumpur. Mereka mungkin akan menggunakan kelajuan tapi tidak mengapa, kami akan cuba cari jalan untuk menganganinya," kata kapten Negeri Sembilan, Muhammad Fathir Mashauddin.