Ragbi Enam Negara: Van der Merwe pastikan Scotland kejutkan Perancis, Wales juara

Muzaffar Musa
Mac 27, 2021 01:10 MYT
Wales dinobatkan sebagai juara Kejohanan Ragbi Enam Negara selepas Scotland meraih kemenangan dramatik 27-23 ke atas Perancis di Paris walaupun Finn Russell dilayangkan kad merah.
Les Bleus perlu mencipta empat try atau lebih dan memenangi perlawanan itu dengan perbezaan 21 mata seandainya mahu menamatkan penantian 11 tahun gelaran berkenaan tetapi mereka dinafikan daripada melakukan perkara itu dalam perlawaan terakhir edisi ini di bawah cuaca hujan awal pagi tadi.
France mendahului 13-10 dalam babak pertama hasil sumbangan Brice Dulin selepas pemain sayap Scotland, Duhan van der Merwe membuka mata di Stade de France.
Damian Penaud kemudian menghasilkan try kedua buat Perancis pada awal babak kedua tetapi David Cherry melakukan 'touch down' pada setengah jam terakhir untuk meletakkan Scotland kembali di depan dan kian menyukarkan misi Les Bleus.
Try daripada Swan Rebbadj kembali meletakkan skuad Fabien Galthie itu sekali lagi berada di depan sebelum Russell, yang telah menghasilkan 10 mata buat Scotland, dilayangkan kad merah kerana melakukan kontak ke arah leher Dulin dengan lengannya.
Bagaimanapun, kejutan berlaku pada penghujung permainan apabila Van der Merwe menghasilkan mata berganda untuk memberikan Scotland kemenangan pertama di Paris sejak 1999.

Scotland NEVER give up. Duhan van der Merwe scores with the very last play of the game to secure the win in Paris! ? ???????#GuinnessSixNations #FRAvSCO pic.twitter.com/pIOEbgwbJD

— Guinness Six Nations (@SixNationsRugby) March 26, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Wales #Scotland #Perancis #Kejohanan Ragbi Enam Negara