Quartararo tekad bangkit di Austria

Ammar Hakim
Ogos 13, 2020 02:41 MYT
Fabio Quartararo berharap untuk menggunakan kelebihan ketiadaan Marc Marquez di GP Austria selepas gagal melakukannya di Brno minggu lalu.
Quartararo mendahului saingan MotoGP selepas memenangi dua perlumbaan pertama musim 2020, dibantu dengan kecederaan patah tangan dialami Marquez.
Juara bertahan, Marquez, masih belum menamatkan sebarang saingan tahun ini selepas dipaksa diketepikan daripada perlumbaan di Republik Czech.
Bagaimanapun, Quartararo tidak menggunakan peluang itu untuk mendahului saingan, apabila menamatkan perlumbaan di tempat ketujuh, di mana pelumba muda, Brad Binder bergelar juara.
Pengesahan Marquez tidak akan terlibat dalam perlumbaan minggu ini melonjakkan semangat pelumba kelahiran Perancis itu, tetapi bintang Repsol Honda itu masih lagi belum memastikan dia tidak akan terlibat dalam perlumbaan di Grand Prix Styrian -- sekali lagi di Red Bull Ring.

Guess who has arrived at the Red Bull Ring? ?

— Repsol Honda Team (@HRC_MotoGP) August 12, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.