Pusingan kesembilan cub prix dibatalkan

Penulis Jemputan
November 5, 2017 03:45 MYT
Cuaca buruk yang melanda Batu Kawan, Pulau Pinang menyebabkan Pusingan Ke-9, Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS hari ini terpaksa dibatalkan.
Keputusan itu dibuat selepas pemeriksaan keselamatan litar yang dijalankan pada jam 8.00 pagi tadi.
Mesyuarat steward AAM yang telah berlangsung memutuskan keadaan di perkarangan Stadium Batu Kawan itu tidak selamat untuk digunakan akibat daripada hujan lebat dan ribut yang melanda sepanjang hari.
Pusingan akhir Kejuaraan Cub Prix akan bersambung di Bandar Penawar, Johor pada 18 dan 19 November, 2017.
#Cub Prix #AAM Malaysia PETRONAS #Batu Kawan #Pusingan kesembilan