Devin Brooker membintangi kemaraan Phoenix Suns ke separuh akhir Persidangan Barat selepas menewaskan juara bertahan, Los Angeles Lakers, dalam playoff NBA hari ini.

Suns menamatkan musim dan impian Lakers untuk mempertahankan kejuaraan selepas Brooker menghasilkan 47 mata dan 11 rebound -- rekod tertinggi sepanjang kariernya -- bagi memacu Phoenix meraih kemenangan 113-100 dalam perlawanan keenam siri pusingan pertama itu.

'Double-double' besar yang dihasilkan Brooker -- termasuk lapan jaringan tiga mata -- memastikan kemenangan 4-2 pasukannya dalam siri itu untuk pasukan pilihan kedua berkenaan melangkah ke separuh akhir.

All-Star itu juga menjadi pemain Phoenix pertama merekodkan 40/10 dalam perlawanan playoff sejak Amar'e Stoudemire melakukanya pada 2010 tetapi dia merupakan pemain pertama melakukannya dengan lima atau lebih jaringan tiga mata.