Playoff NBA: Menang tetap menang, kata Giannis selepas Bucks menang tipis

Muzaffar Musa
Jun 11, 2021 06:04 MYT
Giannis Antetokounmpo menegaskan bahawa "menang tetap menang" selepas Milwaukee Bucks menang tipis 86-83 ke atas Brooklyn Nets hari ini biarpun pada seketika memperoleh pendahuluan besar.
Bucks berdepan laluan berliku dalam siri separuh akhir Persidangan Timur itu selepas ketinggalan 0-2 kepada pasukan pilihan kedua, Nets.
Milwaukee melepaskan kelebihan 21 mata kepada Nets di laman sendiri sebelum Jrue Holiday menjaringkan mata kemenangan berbaki 11.4 saat terakhir.
Bucks terpaksa bertahan pada penghujung pemainan itu tetapi MVP, Antetokounmpo, tidak kisah dengan cara kemenangan pasukannya pada ketika mereka mengecilkan kelebihan Brooklyn kepada 2-1 dalam aksi playoff NBA berkenaan.

“At the end of the day we got a win, and that’s why we showed up tonight.” ?@MotorolaUS | #FearTheDeer pic.twitter.com/mT0qvnDsPv

— Milwaukee Bucks (@Bucks) June 11, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Pada akhirnya, menang tetap menang," kata Antetokounmpo, yang merekodkan 33 mata dan 14 rebound.
"Ia tidak kisah jika anda menang dengan 30 mata. Ia tidak kisah jika anda menang dengan satu mata.
"Anda boleh pulang ke rumah dan meraikan kemenangan itu."
#Milwaukee Bucks #NBA #Brooklyn Nets #Giannis Antetokounmpo #Bola Keranjang