Playoff NBA: Kawhi terus direhatkan ketika Clippers di ambang penyingkiran

Muzaffar Musa
Jun 28, 2021 05:39 MYT
Jika Los Angeles Clippers mahu mengelakkan penyingkiran, mereka perlu menang dalam perlawanan kelima siri final Persidangan Barat tanpa pemain bintang Kawhi Leonard.
Clippers kini ketinggakan 1-3 di belakang pasukan pilihan kedua, Phoenix Suns, dalam playoff NBA dan Leonard masih belum dapat diturunkan berikutan kecederaan lutut menjelang perlawanan wajib menang itu pagi esok.
Leonard mengalami kecederaan itu sebelum saingan playoff dan tidak pernah beraksi sejak perlawanan keempat siri separuh akhir menentang pilihan utama, Utah Jazz.
Dalam playoff musim ini, juara NBA dua kali, Leonard telah merekodkan purata 30.4 mata, 7.7 rebound dan 4.4 bantuan buat pasukan pilihan keempat berkenaan.
Suns pula akan mengesahkan kemaraan ke Final NBA seandainya menewaskan Clippers -- yang tewas 84-80 dalam perlawanan keempat semalam -- dalam perlawanan kelima di laman sendiri esok.

One game at a time. pic.twitter.com/rOlZXqNjHQ

— LA Clippers (@LAClippers) June 27, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Los Angeles Clippers #Phoenix Suns #NBA #Bola Keranjang