Bintang Los Angeles Lakers, LeBron James, berkata dia bersedia untuk memikul beban selepas Anthony Davis mengalami kecederaan kelangkang ketika juara NBA itu tewas kepada Phoenix Suns hari ini.

Davis dikeluarkan Lakers dalam babak kedua sebelum pasukannya tewas 92-100 kepada Suns, yang kini mengikat kedudukan 2-2 dalam siri pusingan pertama Persidangan Barat itu.

Bintang Lakers, Davis, mengalami kecederaan itu susulan terlepas jaringan 'layup' pada minit terakhir suku kedua di Los Angeles, di mana dia sentiasa dilaporkan mengalami kecederaan berulang sepanjang musim ini.

James mendaftarkan 15 mata, 12 rebound dan enam bantuan dalam kekalahan Lakers itu dan menegaskan bahawa dia bersedia untuk mengetuai pasukan itu sepanjang ketiadaan Davis.

"Bagi saya, ia tentang meletakkan pasukan kami di posisi untuk berjaya," kata James selepas perlawanan itu.

"Ia bermula dengan usaha saya. Ia bermula dengan tanggungjawab saya dan mengalir ke pemain lain.

"Kedua-dua bahu ini berada di sini bersebab dan ia memerlukan saya untuk meletakkan lebih banyak beban di atasnya dari yang sebelumnya.

"Menang, seri atau kalah,saya sudah bersedia untuk cabaran ini," katanya.

Perlawanan kelima kedua-dua pasukan itu akan berlangsung di Phoenix, lusa.