Milwaukee Bucks mendahului 2-0 dalam siri pusingan pertama Persidangan Timur selepas Giannis Antetokounmpo dan rakan sepasukannya menewaskan Miami Heat 132-98 sebentar tadi.

Hanya dua mata memisahkan Bucks dan Heat selepas overtime dalam perlawanan pertama Sabtu lalu, di mana pasukan pilihan ketiga itu menewaskan Miami kendalian Jimmy Butler 109-107.

Tetapi perlawanan hari ini jelas menunjukkan bahawa Heat tidak mampu menyaingi Bucks dengan pasukan Milwaukee itu memanfaatkan kelebihan 46-20 dalam suku pertama untuk menakluk perlawanan kedua dalam playoff NBA itu.

Antetokounmpo -- MVP dua musim berturut-turut -- memacu Bucks dengan rekod tertinggi, 31 mata dalam tempoh 31 minit, 13 rebound dan enam bantuan bagi memastikan kemenangan di laman sendiri itu.

Jure Holiday menambah 'double-double manakala seorang lagi pemain Bucks, Bryan Forbes, menghasilkan enam jaringan tiga mata untuk menyumbang keseluruhan 22 mata selepas dimasukkan sebagai pemain gantian.