Piala Negara-Negara: Fadhil Zonis raih emas di Hong Kong

Muzaffar Musa
Mei 15, 2021 14:17 MYT
Pelumba berbasikal trek negara, Muhammad Fadhil Zonis, meraih pingat emas acara Keirin dalam Kejohanan Berbasikal Trek Piala Negara-Negara di Hong Kong sebentar tadi.
Pelumba berusia 24 tahun itu muncul terpantas dengan catatan masa sepusingan 10.298 saat bagi meninggalkan dua pelumba Jepun, Yuta Wakimoto dan Yudai Nitta, masing-masing di tempat kedua dan ketiga.
Lebih menarik, Fadil turut menewaskan juara Piala Dunia edisi 2019-20 dan pemenang pingat emas Sukan Asia 2018, Jai Angsuthasawit, di mana jaguh Thailand itu sekadar menamatkan perlumbaan di tempat keempat.
Sebagai rekod, hanya Azizulhasni Awang dan Rizal Tisin merupakan pelumba negara yang pernah meraih kejayaan sama sebelum ini.

TAHNIAH FADHIL ZONIS!! Emas acara Keirin Kejohanan Trek Piala Negara- Negara di Hong Kong (Piala Dunia HK) Rider ketiga dalam sejarah Malaysia menang Emas selepas Azizulhasni Awang & Rizal Tisin Ayuh Malaysiaku@fadhilzonis @AzizulAWANG @KBSMalaysia pic.twitter.com/INllgsTGKT

— ASTRO ARENA (@ASTROARENA) May 15, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#UCI #Fadhil Zonis #Berbasikan Piala Negara-Negara #Piala Dunia Berbasikal