Saya begitu teruja mengikuti perkembangan sepanjang Sooka NSL 2022. Berakhirnya minggu ketiga Sooka NSL bermakna telah tamat peringkat liga dan empat pasukan terbaik telah pun mendapatkan tempat ke pusingan separuh akhir Sooka NSL 2022.

Pasukan-pasukan yang menepati ramalan awal saya iaitu Johor Jewels (1), KL Wildcats (2) dan Selangor Angels (3) telah pun membuktikan meraka berada pada kelasnya tersendiri dan memberikan saingan yang sengit pada musim ke-2 ini, tetapi kejutan yang dipamerkan oleh Pahang Tulips (4) pada musim ini telah memberikan tamparan hebat kepada Perak Phoenix yang mengakhiri saingan liga pada kedudukan kelima musim ini.

Pahang Tulips merupakan antara pasukan yang mencuri tumpuan saya kerana mereka dibarisi pemain muda yang berpotensi dan versatil dengan gandingan Siti Maisarah dan Nuiridina Sumaya di bahagian serangan mereka. Kejutan demi kejutan pada edisi NSL ini telah membawa kelainan pada musim ini.

Lebih menarik ialah Johor Jewels selaku naib johan musim 2021 kini kembali dengan persediaan yang rapi dengan kehadiran An Najwa, Syafazliyana, Gayani dan Sirima! Saya berasakan mereka telah bersedia untuk merampas kejuaran sooka NSL 2022 dengan menundukkan KL Wildcats pada perlawanan pada Sabtu lalu cukup menarik!

Saya cukup tertarik dengan aksi perlawanan antara KL Wildcats dan Johor Jewels yang mengaplikasikan corak strategik berkesan dalam pertemuan antara mereka pada minggu lalu. Serangan yang begitu “definite” dan pertahanan yang sering melakukan “counter attack” telah meningkatkan kualiti corak permainan pada edisi ini.

Pasukan peninggalan An Najwa iaitu Selangor Angels juga tidak kurang hebatnya telah menundukkan pasukan Pahang Tulips untuk menempatkan tempat di kedudukan ketiga pada saingan liga. Dengan kombinasi pemain junior dan senior, pasukan Selangor Angels telah berjaya menempatkan diri di kedudukan empat pasukan terbaik musim ini. Gandingan Siti Aminah dan Karishma Loganathan telah memberikan impak yang besar dengan corak permainan yang berbeza berbanding musim lepas.

Walaupun hanya empat pasukan teratas layak mara ke pentas akhir Sooka NSL 2022, saya ingin mengucapkan tahniah kepada semua pasukan yang telah memberikan persembahan yang mantap sepanjang Musim ini.

Walau bagaimanapun, ucapan selamat maju jaya diberikan kepada dua pasukan tercorot iaitu Melaka Mystic yang akhirnya meraih kemenangan perlawanan pertama pada dua edisi NSL dan Kedah Sunshine pada Sooka NSL 2022. Semoga dapat “come back stronger” pada tahun 2024 nanti!