Paralimpik Tokyo 2020: Zuhairie tamatkan acara 1000m ujian masa C4-5 dalam kelompok 10 teratas

Muzaffar Musa
Ogos 26, 2021 07:38 MYT
Pelumba berbasikal trek para negara, Zuhairie Ahmad Tarmizi, menamatkan final acara 1000m ujian masa C4-5 lelaki Sukan Paralimpik Tokyo 2020 dalam kelompok 10 teratas di Velodrom Izu hari ini.
Atlet kelahiran Marang, Terengganu itu, yang turun dengan klasifikasi C5, merekodkan catatan masa 1:06.472s untuk menduduki tempat ke-10 daripada 21 pelumba.
Seorang lagi pelumba negara, Muhammad Hafiz Jamali (C5), pula menamatkan saingan di tempat ke-19 dengan catatan 1:11.288s.
Jaguh Sepanyol, Alfonso Cabello Llamas (C5), muncul pemenang pingat emas dengan memecahkan rekod dunia menerusi catatan masa 1:01.557s manakala wakil Great Britain, Cundy Jody (C4), menggondol pingat perak dengan 1:01.847s -- mengatasi rekod Sukan Paralimpik 1:04.494s yang sebelumnya turut dipegang Cabello Llamas.
Pelumba Slovakia, Jozef Metelka, memenangi pingat gangsa dengan catatan 1:04.786s

Aksi Muhammad Hafiz Jamali dlm acara Trek Basikal Men's C5 1000m Time Trial dgn catatan masa 1:11.288. Kini berada di kedudukan ke-19 secara keseluruhan.#sokongmalaysia #ganbattemalaysia pic.twitter.com/uhFDDEXVWZ

— ASTRO ARENA (@ASTROARENA) August 26, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Kredit foto: Kontinjen Malaysia
#Berbasikal trek #Sukan Paralimpik Tokyo 2020 #Berbasikal Para #Muhammad Hafiz Jamali #Zuhairie Ahmad Tarmizi