Atlet boccia, Chew Wei Lun, mengorak langkah kanan apabila mengatasi cabaran pertamanya, Andreza Vitoria de Oliveira, dari Brazil dengan kemenangan 5-2 hari ini sebelum menghadapi baki tiga perlawanan individu campuran BC1.

Ini kali pertama dalam sejarah Sukan Paralimpik, Malaysia mempunyai wakil dalam sukan ini menerusi edisi 2020 ini dan atlet ke-11 dunia itu mengintai dua slot terbaik untuk mara suku akhir.

Wei Lun, yang merupakan lelaki kelima terbaik di Asia, bakal berdepan Witsanu Huadpradit dari Thailand di sebelah pagi esok sebelum menamatkan saingan kumpulan menentang Jung Sungjoon (Korea Selatan) pada sebelah petang.

"Secara jujurnya agak mendebarkan sebab dia jarang berjumpa pencabar dari Eropah dan Amerika Syarikat.

"Sepanjang kelayakan, kami hanya jumpa atlet Asia sahaja.

"Dalam pusingan pertama tadi agak mengejutkan sebab dia mula dapat membaca kemampuan pihak lawannya., bukannya pencabarnya.

"Chew Wei Lun agak unik sebab dia tidak memikirkan tentang soal lawannya. Dia hanya memikirkan (prestasi) dirinya sendiri.

"Saya memberikan motivasi sambil tidak memberinya tekanan," kata jurulatihnya, Aiman Hafizi Abu Bakar, di Nadi Weekend.