Pemenang pingat gangsa Sukan SEA Kuala Lumpur 2017, Ziyad Zolkefli, menepati ramalan apabila mengungguli acara lontar peluru F20, Sukan Para ASEAN Ke-9 untuk memastikan emas menjadi miliknya.

Dia turut mencipta sejarah selepas berjaya memecahkan rekod kejohanan dengan lontaran sejauh 16.81 meter.

Rakan senegara, Mohamad Aliff Mohamad, mengekori Ziyad untuk meraih perak selepas mencatat lontaran 12.79m.

Sementara itu, seorang lagi atlet olahraga negara, Mohd Hisham Khaironi, turut membutirkan emas buat Malaysia apabila mengungguli acara rejam lembing F12/13.

Hisham mencatat jarak sejauh 49.45m sekaligus menewaskan pencabar-pencabar lain.