Olahraga: Ng Tak Sing butirkan gangsa pertama Malaysia di Kejohanan Asia B-20

Daeng Dhadyry
April 26, 2024 08:34 MYT
Ng Tak Sing muncul individu pertama meraih pingat buat Malaysia di Kejohanan Olahraga Asia B-20 menerusi acara lompat kijang dengan lompatan 15.62 meter.
Lompatan sejauh 15.62 meter juga merupakan catatan terbaik peribadi Tak Sing mengatasi rekodnya sebelum ini iaitu 15.43 meter.
Pencapaian ini juga bermakna Tak Sing mengesahkan slot di Kejohanan Olahraga Dunia B-20 yang bakal berlangsung pada 27 hingga 31 Ogos nanti di Lima, Peru.
#Olahraga #Kejohanan Asia B-20 #Ng Tak Sing