Olahraga: Bernard tambah emas untuk negara

Penulis Jemputan
September 18, 2017 09:56 MYT
Pelari pecut para negara, Eddy Bernard, menyumbangkan pingat emas untuk kontinjen negara dalam acara 100 meter T36 Sukan Para ASEAN Kuala Lumpur 2017, sebentar tadi.
Atlet berusia 16 tahun itu melakukan catatan 12.45 saat untuk mengetepikan rakan senegara, Jacklon Ganding (12.48s) manakala gangsa diraih oleh Le Van Manh (12.68s) dari Vietnam.
"Saya sangat gembira kerana ini adalah kali pertama saya menyertai Sukan Para ASEAN dan saya sangat berbangga kerana mendapat tempat pertama," katanya.
Sementara itu, seorang lagi atlet negara, Muhammad Afiq Mohamad Ali Hanafiah, melakukan persembahan unggul bagi memenangi acara 100m T12 dengan catatan masa 11.45s. Pingat perak dan gangsa dimenangi oleh wakil Thailand, Chaiya Som-Dech (11.77s) dan Wongngoen Amnat (11.81s).

Para Athletics | Men's 100M T12: ?Muhamad Afiq?? (00:11.45), ?Chaiya Somdech?? (00:11.77) & ?Wongngoen Amnat?? (00:11.81) pic.twitter.com/yueGPjUrMK

— Kuala Lumpur 2017 (@KL2017) September 18, 2017
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.