NBA tunda pertemuan 76ers-Thunder bagi pengesanan kontak rapat COVID-19

Muzaffar Musa
Januari 18, 2021 05:18 MYT
Perlawanan di antara Philadelphia 76ers dan Oklahoma City Thunder telah ditunda bagi pengesanan kontak rapat kes koronavirus, demikian diumumkan NBA.
Philadelphia (9-5) dan Oklahoma City (6-6) dijadualkan untuk bertemu di Chesapeake Energy Arena semalam tetapi 76ers tidak mempunyai lapan pemain untuk diturunkan disebabkan proses pengesanan kontak rapat dalam pasukan itu.
Ia berlaku selepas bintang Memphis Grizzlies, Jonas Valanciunas, memasuki protokol kesihatan dan keselamatan NBA menjelang perlawanan menentang Phoenix Suns hari ini, setelah menewaskan 76ers kelmarin.
Pemain dan ahli pasukan 76sers telah menjalani ujian saringan sejak Seth Curry dijangkiti COVID-19 pada 7 Januari lalu.

The following has been announced by the NBA. pic.twitter.com/AXOrbJZQrY

— NBA (@NBA) January 17, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Philadelphia masih perlu berdepan Denver Nuggets dengan lapan pemain pada 9 Januari lalu biarpun Mike Scott tidak dapat beraksi kerana kecederaan.

pic.twitter.com/3f5PVSN91z

— Philadelphia 76ers (@sixers) January 17, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Doc Rivers dan the 76ers -- yang dijadualkan untuk berdepan seteru Liga Persidangan Timur, Boston Celtics, pada Rabu dan Jumaat ini -- hanya menggunakan sembilan pemain ketika tewas 106-104 kepada Grizzlies.
#Oklahoma City Thunder #Philadelphia 76ers #NBA #Bola Keranjang