NBA: Jurulatih Pelicans puji Zion selepas kejutkan Jazz

Muzaffar Musa
Mac 2, 2021 06:01 MYT
15 mata yang dijaringkan Zion Williamson dalam suku ketiga ketika menewaskan Utah Jazz sebentar tadi merupakan sesuatu yang luar biasa, kata ketua juruatih New Orleans Pelicans, Stan Van Gundy, yang sekali lagi menggesa pengadil untuk memberikan pemain itu lebih perlindungan.
Bekas pilihan utama draft NBA itu mencuri tumpuan ketika Pelicans meraih kemenangan 129-124 ke atas pendahulu Liga Persidangan Barat itu, menamatkan perlawanan berkenaan dengan 'doube-double' daripada 26 mata, 10 rebound dan lima bantuan.
Pelicans memperoleh lonjakkan dalam suku ketiga apabila mereka mengatasi Utah 40-24 dalam suku berkenaan dan membuka jurang kepada 11 mata hasil aksi kedua paling prolifik Williamson dalam satu suku sepanjang karier NBA.
"Suku ketiga amat luar biasa," kata Van Gundy mengenai pemain berusia 20 tahun itu.
"Mereka melakukan tugas lebih baik untuk mengawalnya dalam suku keempat. Dalam suku ketiga, dia amat hebat."

"It's a matter of want. Tonight we wanted it more." - @Zionwilliamson ? pic.twitter.com/6YUf8wS0v2

— New Orleans Pelicans (@PelicansNBA) March 2, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Pelicans memperbaiki rekod mereka kepada 15-19 dan masih berjuang memburu tempat ke saingan playoff.
Dalam pada itu, Van Gundy sekali lagi merungut mengenai beberapa keputusan pengadil yang tidak memihak Williamson selepas melakukan perkara sama ketika mereka tewas kepada Milwaukee Bucks sebelum ini.
"Satu hari nanti, dia akan mula mendapatkan keputusan yang selayaknya dia.
"Dalam setiap perlawanan, jika dia mendapat kurang daripada 10 balingan percuma, saya yakin mereka tidak melakukan keputusan yang tepat," tambahnya.
#NBA #Bola Keranjang