Chris Paul, Devin Booker dan Deandre Ayton memimpin Phoenix Suns mengatasi Milwaukee Bucks 118-105 dalam Permainan 1 NBA Finals.

The Bucks menerima kedatangan semula bintang, Giannis Antetokounmpo, daripada kecederaan lutut selepas MVP dua kali itu diketepikan sejak Permainan Game 4 Eastern Conference Finals, terlepas dua perlawanan siri tersebut.

Bagaimanapun, kehadiran Antetokounmpo di gelanggang tidak cukup apabila Suns -- menyasarkan kejuaraan pertama -- melakar kemenangan pertama dalam aksi pembukaan Finals sebentar tadi.

Paul -- yang membuat penampilan Finals pertama -- meraih 32 mata, sembilan assist dan empat lontaran tiga mata -- sementara Booker menambah 27 mata sebelum Ayton menamatkan saingan dengan 22 mata dan 19 rebound.

Pemain veteran, Paul, menjadi wakil berusia 36 ke atas yang ketiga untuk meraih lebih 30 mata selepas Kareem Abdul-Jabbar dan Tim Duncan.