NBA: Celtics singkir juara bertahan, Denver heret LA ke Perlawanan 6

Ammar Hakim
September 12, 2020 06:17 MYT
The Boston Celtics mara ke final Eastern Conference selepas menyingkirkan juara NBA, Toronto Raptors 92-87 dalam Perlawanan 7.
Dengan siri separuh akhir Eastern Conference terikat 3-3, ia merupakan perlawanan penentuan di Orlando, Florida sebentar tadi.
Boston muncul pemenang ke atas pilihan kedua Raptors 4-3 untuk bertemu Miami Heat hasil permainan cemerlang yang dipamerkan oleh Jayson Tatum apabila berjaya mengutip 29 mata dan 12 rebound.
Sementara Denver Nuggets pula berjaya kekal dalam saingan apabila mengatasi Los Angeles Clippers 111-105 dalam Perlawanan 5 separuh akhir Western Conference.

W-I-N-N-I-N-G P-L-A-Y-S pic.twitter.com/tTz2eJ8dGr

— Boston Celtics (@celtics) September 12, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Denver berdepan penyingkiran namun Nuggets berjaya mengatasi defisit 15 mata untuk mengurangkan kelebihan Clippers kepada 3-2 di Walt Disney World Resort.